Wednesday 20 September 2017

KONTROVERSI PEMBELIAN A4 SKYHAWK TUDM ATAU DIKENALI SEBAGAI THE FLYING COFFIN?

Pada 1982, 25 A-4C dan 63 A-4L pesawat pegebom Skyhawks merupakan stok lebihan era perang Vietnam telah dibeli dengan harga kurang daripada AS$1 juta setiap satu oleh kerajaan Malaysia untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Daripada 88 buah, 54 buah akan diubah suai menjadi pesawat pejuang-pengebom satu tempat duduk sementara 14 buah lagi diubah suai menjadi dua tempat duduk versi latihan dan peralihan juruterbang. Bakinya akan dijadikan stok buka-pindah (cannibalization) untuk menampung keperluan alatganti.
Bagaimanapun, kos memasang enjin, avionic baru dan mengubah suai rangka pesawat memakan kos yang meningkat empat kali ganda daripada kos belian untuk setiap buah. Kos terakhir untuk program pesawat terpakai ini ialah AS$320 juta (kos pembelian kurang daripada AS$88 juta).
Skyhawks TUDM dikenali A-4PTM/TA-4PTM (PTM: Peculiar-To-Malaysia). Penyerahan 40 buah bermula pada 23 Februari 1985, Perdana Menteri ketika itu Dr. Mahathir merasmikan penerimaan sepuluh Skyhawks A-4PTMs dan melancarkan Skuadron No.6 TUDM untuk pesawat terpakai tersebut. Keseluruhan penerimaan selesai setahun selepas itu.
Tidak banyak orang di bawah 50 tahun akan ingat bahawa tahun 1985 merupakan tahun kemelesetan ekonomi terburuk di Malaysia.  Ini diakui oleh Ketua Odit Negara ketika itu Tan Sri Ahmad Noordin Zakaria yang mengatakan selain skandal kewangan  BMF (yang menyebabkan seorang pegawai BMF Jalil Ibrahim dibunuh ), kemelesetan ekonomi juga menyebabkan masalah belanjawan dan menjejaskan pembayaran berimbang negara.

Tetapi itu tidak menghalang kerajaan daripada membeli dua buah lagi pesawat terpakai pada 1985 daripada Grumman jenama Albatross model HU-16B yang mana merupakan pesawat yang boleh mendarat di permukaan laut untuk digunakan oleh TUDM. Secara kebetulan, Grumman merupakan kontraktor yang menaik taraf pesawat Skyhawks A-4PTMs untuk  Malaysia.
Yang menariknya, pesawat Albatrosses ditempatkan di bawah Skuadron No.2 TUDM yang merupakan skuadron perhubungan untuk orang kenamaan (VIP). Penerbangan terakhir Albatross untuk Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) pada 1973, Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) pada 1976 sementara penerbangan terakhir Albatross untuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) pada 1976.  Kita beli dua buah pesawat tersebut pada 1985 tetapi menjelang 1987 ia tidak lagi kelihatan terbang. 466 buah dibina sejak 1949 dan pesawat terakhir dibina pada 1961. Sepatutnya kita tidak seharusnya membeli dua pesawat terpakai tersebut.
Hanya 40 Skyhawks telah diterima di Malaysia – 34 pesawat satu tempat duduk  model A-4PTMs dan 6 dua tempat duduk model TA-4PTM.  Bakinya tersadai di padang pasir dan sebahagian lagi di Marana Regional Airport di Arizona Amerika Syarikat.

Skyhawks A-4PTM dan TA-4PTM mulai menemui kemalangan satu persatu setelah ia memasuki perkhidmatan TUDM. Sebuah mengalami masalah enjin pada  September 1985 semasa mendarat dan meletup di pengkalan TUDM Kuantan. Juruterbangnya berjaya menyelamatkan diri.
Tiga tahun kemudian, empat Skyhawks terhempas termasuk satu yang dikendalikan oleh General Tan Sri Haji Affendi bin Buang RMAF, Panglima TUDM sekarang, sementara satu lagi juruterbang, Leftenan Wahi Anuar TUDM terhempas di Laut China Selatan dan hilang hingga sekarang. Satu ketika satu latihan tahunan terpaksa ditangguhkan pada 1988 disebabkan oleh kemalangan ini.
Lima lagi Skyhawks terhempas tahun berikutnya. Setelah empat tahun perkhidmatan, TUDM mengumumkan bahawa Skyhawks akan digantikan dengan BAe Hawks model 108 dan 208 buatan British pada 1994, yang menjadikan Skyhawks sebagai sebuah pesawat pejuang yang terpendek jangka hayatnya di dalam inventori TUDM. Sebelum itu, baki 6 Skyhawks telah terus dijadikan pesawat pengisi minyak menggunakan tangki minyak luaran jenama Douglas model D-704. Bagaimanapun, akhirnya  pada 1999 kesemua Skyhawks telah ditamatkan perkhidmatannya.
Banyak pihak tertanya siapakah yang membuat keputusan untuk membeli pesawat  Skyhawks dan Albatross terpakai untuk Malaysia.  Menteri Pertahanan (merangkap Perdana Menteri) daripada  1981 ke 1986 adalah Mahathir sendiri, yang digantikan oleh Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi selepas itu. Tidak mungkin ia dibeli semasa Pak Lah. Memandangkan ia dibeli pada 1982 ia itu semasa tahun kedua Mahathir menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan. Adakah TUDM telah dijadikan lambakan pesawat terpakai bagi mereka yang curang untuk membuat wang dengan mengabaikan nyawa juruterbang TUDM?
Pada 1984, setahun sebelum penerimaan Skyhawks dan pembelian pesawat purba  Albatrosses, Mahathir pergi ke Amerika Syarikat dan menemui Presiden Ronald Reagan di Rumah Putih . Dalam kenyataannya Mahathir berkata, “I’m particularly happy to note the encouraging signs of economic recovery in the United States, which we consider significant, if not crucial, in assuring a healthy global economy.”
Mahathir menambah, “In fact, if you were to ask me what is it I would want the United States to do with regard to economic policy, my honest and simple response is for the U.S. economy to get ahead and regain its strength, for the healthier and more vibrant the U.S. economy becomes, the better it will be, not only for the United States and Malaysia but all the developing countries in the world.”
Oleh itu, adalah salah untuk Najib Razak mahu membantu untuk memperbaiki ekonomi Amerika Syarikat tetapi tidak salah untuk Mahathir melakukan yang sama pada 1984. Adalah menghairankan kami tentang ekonomi siapa yang akan diperbaiki Mahathir dengan pembelian pesawat terpakai dan usang itu?
Sekiranya anda fikir Hollywood punya filem seram dikenali "IT",
pembangkang Malaysia mempunyai badut seram dikenali "ITS".
Sekiranya anda fikir amatlah bodohnya yang kita telah bayar tambahan AS$232 juta untuk 88 buah Skyhawks yang jumlah kosnya bawah AS$88 juta tetapi bawa balik hanya 40 buah yang mampu berkhidmat dengan TUDM hanya sembilan tahun dengan berkesan, anda belum lagi mendengar kontroversi sepenuhnya.
Pada 2003, TUDM membuat keputusan untuk menjual kesemua pesawat Skyhawks termasuk 48 buah rangka pesawat yang tidak pernah dibawa balik ke Malaysia. Satu perkara yang mengejutkan, kerajaan Malaysia diminta untuk membuktikan tentang pembelian 48 buah rangka pesawat tersebut yang masih berada di sana ! Sementara itu TUDM telah menerima 40 yang ada dalam inventorinya, bakinya yang telah dibayar tetapi tanpa mempunyai dokumen transaksi pembelian ia itu pesawat bernilai AS$174.72 juta(sekiranya sudah dinaik taraf)  tiada bukti pembelian.
Malah sekiranya 48 buah itu tidak dinaik taraf, ini bermakna AS$48 juta nilai aset pertahanan dibeli menggunakan wang RAKYAT( ayat kegemara yang dipinjam daripada pakatan pembangkang) tanpa sebarang bukti yang ia milik kita.
Pesawat Peninjau RF-5FM29-20 digunakan oleh Skuadron No.12

TUDM Butterworth.
Ini juga bermakna kos menaik taraf, di mana kosnya AS$232 juta, hanya untuk 40 buah pesawat. Itu menjadi AS$6.8 juta sebuah daripada 40 Skyhawks yang dijual kepada kita di bawah daripada AS$1 juta setiap sebuah. Jumlah wang dibayar yang menghairankan serta menjijikan. Setiap Skyhawk yang dinaik taraf boleh memberi TUDM tiga pesawat pejuang F-5E dan jumlah yang dibayar untuk naik taraf  Skyhawk sahaja TUDM boleh memperolehi 110 buah Northrop F-5E Tiger II sedia bertempur (combat ready)( harga F-5Es Tiger II AS$2.1 juta sebuah) yang mana masih lagi mempunyai status beroperasi seluruh dunia malah hingga sekarang. TUDM telah pun menggunakan 14 buah F5-E (pesawat pejuang) dan dua buah RF-5F (pesawat peninjau).
Kita membeli pesawat yang berbahaya untuk juruterbang kita mengendalikannya, sehingga ia dikenali dengan gelaran “the flying coffin” atau “keranda terbang”, dengan harga yang tidak munasabah.
Apakah janji yang dibuat Mahathir kepada Presiden Ronald Reagan ketika itu?
Dan mengapa kita tidak memiliki baki 48 buah Skyhawks yang dibeli pada 1982?
Mahathir bukan sahaja harus menjawab kepada rakyat atas pembelian itu, malah beliau juga harus menjawab kepada keluarga-keluarga juruterbang TUDM yang terkorban akibat pesawat tersebut, terutama isteri-isteri mereka yang telah menjadi janda dan anak-anak mereka yang telah menjadi yatim.

 


2 comments:

  1. ya betul setakat nie persoalan tersebut tidak
    pernah di jawap oleh pihak berwajib..

    ReplyDelete
  2. Allah SWT memerintahkan golongan beriman memeriksa dengan teliti berita yang disampaikan dalam Surah al-Hujurat, ayat 6.

    Nak tahu bila pembelian A4 Skyhawk dibuat boleh rujuk balik transcript pembentangan di Parliment pada 1979 dan 1980. Pada Oct 1979 US telah menerima maklumbalas dari kerajaan Malaysia tentang minat Malaysia untuk pembelian 88 buah A4 Skyhawk terpakai US. Pada tahun 1980 DS Abu Hassan Omar telah memberi talikmat di Parliment tentang pembelian A4Skyhawk.
    Persoalannya siapa PM Malaysia pada tahun 1979 - 1981? Bukan PM-3, PM-4 masuk office pada tahun 1981. Sayang saya tak dapat lampirkan keratan suratkhabar NST.

    ReplyDelete