Monday 25 December 2017

MAHATHIR CUBA MENGELIRUKAN RAKYAT DENGAN PERKATAAN ISU ‘DEMOKRASI’ DAN ‘KLEPTOKRASI’.


Tun Dr Mahathir Mohamad telah pernah berkata bahawa kemusnahan demokrasi di Malaysia adalah kerana hakikatnya negara ini telah ditukar menjadi kleptokrasi. Pada  Mahathir, lawan kepada demokrasi adalah kleptrokrasi. Sebenarnya, lawan kepada demokrasi ialah autokrasi. Mahathir, bagaimanapun, tidak faham ini atau mungkin, seperti biasa, beliau pura-pura tidak faham. Dan inilah bagaimana Mahathir memerintah Malaysia selama 22 tahun, sebagai seorang autokrat (kuku besi), dan bukan sebagai seorang demokrat (pengamal demokrasi).
Adalah tidak bijak untuk Mahathir bercakap tentang kemusnahan demokrasi — atau tajuk posting blognya THE DESTRUCTION OF DEMOCRACY — sebab itu akan memperkatakan tentang apa yang Mahathir lakukan selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Dan untuk mengatakan kemusnahan demokrasi disebabkan oleh kleptokrasi adalah merupakan satu kenyataan yang amat bodoh pada tahap  tertinggi, manakala autokrasi adalah kesan sebenar daripada kemusnahan demokrasi dan bukannya kleptokrasi.
Sebenarnya mengikut kamus Oxford perkataan ‘kleptokrasi’ datangnya daripada perkataan ‘kleptomania’ iaitu bermakna ‘sejenis penyakit kecenderungan mencuri’ yang mana tidak ada kaitan dengan demokrasi. ‘Kleptomaniac’ pula bermakna ‘orang yang berpenyakit ‘kleptomania’.
Perkataan ‘kleptokrasitelah baru-baru ini diperkenalkan kepada rakyat Malaysia setelah kempen 1MDB Mahathir untuk menjatuhkan Najib gagal. Pada mulanya, pada Disember 2014, Mahathir menyatakan yang Perdana Menteri Najib Tun Razak telah mencuri RM42 bilion wang 1MDB’s. Mahathir mendapat maklumat ini daripada  Muhyiddin Yassin.

Mahathir dan Muhyiddin tidak faham yang 1MDB meminjam RM42 bilion untuk biayai RM51 bilion dalam aset dan pelaburan dan bukannya hilang RM42 bilion ‘atas angin.

Apa Muhyiddin dan Mahathir tidak faham adalah bahawa 1MDB telah melabur  RM42 bilion dalam pelbagai aset dan ekuiti. Bagaimanapun, modal bebayar 1MDB hanya RM1 juta, oleh itu semua pelaburan itu telah dibiayai melalui pinjaman. Maka adalah masuk akal yang 1MDB mempunyai RM42 bilion pinjaman. Tetapi mempunyai aset dan pelaburan berjumlah RM51 bilion. Dengan itu 1MDB tidak pernah tidak mampu bayar sebagaimana dakwaan Mahathir.
Walaupun ini amat mudah difahami, Mahathir dan Muhyiddin tidak memahaminya. Atau mungkin mereka faham tetapi mereka sengaja mahu mengelirukan rakyat Malaysia dengan mendakwa yang “RM42 bilion telah “hilang di atas angin” dan bahawa Najib telah curi wang itu.
Mahathir tidak kisah sama ada dakwaan itu benar atau tidak sebab tujuannya sebagai langkah jangka masa pendek. Najib sepatutnya dijatuhkan dalam tempoh masa enam bulan, sekiranya lewat daripada itu, rakyat Malaysia akan mengetahui dakwaan itu satu pembohongan, ia tidak akan memberi kesan. Kerosakan telah pun dilakukan terhadap Najib.
Tetapi itu tiga tahun yang lepas dan Najib tidak dijatuhkan dalam masa enam bulan seperti mana yang telah dirancangkan. Oleh itu isu 1MDB sekarang tidak lagi memberi kesan. Mereka tidak boleh membawa isu ini melebehi empat tahun sehingga pilihan raya akan datang. Mereka memerlukan lagu yang baru untuk dinanyikan kepada pengundi. Dan itulah masa apabila Mahathir memperkenalkan kempennya yang baru iaitu kempen ‘kleptokrasimenggantikan kempen 1MDB.

Najib sepatutnya dijatuhkan paling lewat pada July 2015 dan apabila itu tidak berlaku Mahathir terpaksa jenamakan semula serangan daripada 1MDB kepada kleptokrasi.

Mahathir berkata bahawa Najib ialah seorang kleptokrat dan bahawa Malaysia sebuah negara kleptokrasi (oleh itu bermakna demokrasi sudah mati, hujah Mahahir dengan bodohnya). Tetapi datuk kepada Najib merupakan Pengerusi Genting, sebuah syarikat sekarang bernilai RM155 bilion dengan pendapatan lebih kurang RM9 bilion tahun lepas. Dan setiap tahun keuntungannya dan penguasaan pasaran terus meningkat. Dengan itu Najib datang daripada keluarga yang kaya. Mengapa pula terus membangkitkan perkara tentang kekayaan Najib (sebagaimana apa yang Mahathir lakukan)?
Mahathir, Muhyiddin, Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim, Shafie Apdal dan banyak lagi pemimpin Pakatan Harapan, bagaimanapun, datang daripada permulaan yang sederhana — tidak seperti Najib yang datang daripada keluarga  bangsawan (nobility) yang datuknya merupkan Pengerusi salah satu konglomerat ternama di Malaysia. Hakikatnya, Daim ialah seorang ahli perniagaan yang gagal yang mana kilang garam beliau di Terengganu jatuh muflis. Dan Menteri Besar ketika itu Datuk Harun Idris telah menyelamatkan Daim daripada muflis dengan memberikan tanah kerajaan untuk dimajukan.
Kepada soalan di mana Najib dapat kekayaannya adalah tidak masuk akal.  Bagaimanapun, untuk mempersoalkan bagaimana Mahathir boleh bernilai RM100 bilion, Daim yang muflis bernilai RM60 bilion — dan bagaimana Muhyiddin, Anwar, Shafie Afdal, Mukhriz, Mirzan, Mokhzani, dan lain-lain, boleh bernilai lagi berbilion  — mungkin masing-masing perlu mempertahankan diri masing-masing. Macam mana pun mereka perlu jelaskan kepada rakyat tentang bagaimana mereka boleh jadi kaya?
Adalah macam tidak percaya yang Mahathir berterusan dan mendakwa Najib sebagai seorang kleptokrat. Sepertimana didokumentasikan dengan baik bahawa Mahathir menyebabkan Malaysia rugi RM200 bilion dan RM100 bilion masuk ke poketnya. Tambahan kepada itu, kekayaan Daim termasuk seluruh keluarganya, kroni, proksi, dan penama (nominee), RM100 bilion berlipat ganda menjadi RM200 bilion.
Sekarang itulah yang kita panggil sebagai satu kleptokrasi dan Mahathir ialah kleptokrat. Jumlah hanya RM2.6 bilion yang Najib terima daripada Keluarga diRaja Saudi telah pun diterangkan. Mahathir terus bertanyakan daripada mana datangnya wang berjumlah RM2.6 bilion. Tetapi ketika itu apabila Najib menjelaskan daripada mana datangnya wang itu, Mahathir menolak jawapannya dan bertanyakan soalan yang sama berulang-ulang.. Apa telah terjadi kepada orang tua nyanyuk itu?  Sekiranya beliau tidak suka jawapannya, oleh itu jangan kemudian bertanya.-tanya. Soalan yang sama diulang-ulang Sekiranya beliau tidak suka dengan jawapannya yang diberi,  beliau harus jangan terus bertanya


Datuk kepada Najib adalah Pengerusi Kumpulan Genting, sementara datuk tiga orang di atas hanya merupakan seorang guru sekolah daripada Kerala India.

Kebanyakkan daripada RM100 bilion yang Mahathir rompak sebenarnya dan sepatutnya wang milik UMNO. Sekurang-kurangnya itulah apa yang sepatutnya Mahathir beritahu UMNO — di mana mengapa ahli dan pemimpin UMNO berdiam diri dan menganggapnya ia merupakan pendapatan melalui penat lelah untuk digunakan untuk membiayai aktiviti parti dan pilihan raya umum UMNO, dan juga termasuk Barisan Nasional (BN).
Semas Najib mengambil alih pada 2009 beliau menyedari yang wang itu tiada dalam poket UMNO tetapi dalam poket Mahathir dan Daim dan kroni, proksi dan penama (nominee), termasuk keluarga mereka. Tanpa dana untuk membiayai pilihan raya pada 2013, Najib terpaksa mendapatkan pembiayaan daripada pihak lain dan dengan itu tanpa pilihan beliau terpaksa menerima pembiayaan daripada keluarga diRaja Arab Saudi.
Sekiranya Mahathir amat menentang Najib menerima RM2 bilion atau RM3 bilion pembiayaan daripada keluarga diRaja Arab Saudi, mengapa beliau tidak memulangkan wang yang diamanahkan itu, atau sekurangnya sebahagian daripada wang itu — katakanlah RM5 bilion daripada RM160 bilion yang beliau dan Daim simpan dalam poket sendiri?
Isu yang besar, dan di mana membimbangkan Mahathir, ialah tentang berapa banyak wang yang dicuri datang daripada RM31.5 bilion yang Bank Negara rugi? Mahathir bimbang yang penemuan RCI akan dilanjutkan dan mereka berdua akan mengakhiri diri mereka di penjara. Sebab itulah mengapa Mahathir terus bercakap tentang kleptokrasi dan mendakwa Najib adalah seorang kleptokrat. Sekarang dia terus melaungkan Najib sebagai pencuri. Sekiranya beliau terus melaungkan Najib sebagai seorang pencuri, pada waktu itu kononnya mungkin orang lain tidak melihat diri beliau sendiri  sebagai pencuri sebenarnya. .
RCI jelas telah menuding jari terhadap Mahathir dan Daim sebagai suspek utama terhadap bencana kerugian forex BNM. Oleh itu jenayah ini tidak boleh terlepas begitu sahaja. Dan sebab itulah mengapa Mahathir cuba mengalihkan perhatian umum. Beliau terus membelasah Najib dan menuduh Najib mencuri supaya perhatian difokus ke tempat lain dan tiada cakap-cakap tentang laporan RCI yang membuktikan yang  Mahathir dan Daim adalah pencuri sebenar.


Kit Siang dan Guan Eng keduanya tahu yang RM1 bilion yang diberi Mahathir merupakan wang yang dicuri dan namun begitu mereka tiada masalah menerima wang itu.

Dan Mahathir tahu yang Pakatan Harapan bankrap isu dan akan bersedia menyokong beliau atas isu 1MDB dan nanyian dan tarian kleptokrasi. Sebab itulah mengapa Pakatan Harapan adalah merupakan korus (nanyian bersama), dengan Mahathir sebagai penyanyi utama (lead singer) walaupun mereka tahu kleptokrat sebenar yang  merompak Malaysia beratus bilion adalah Mahathir dan bukanya  Najib. Hakikatnya, orang Pakatan Harapan tahu yang RM2.6 bilion datangnya daripada keluarga diRaja Arab Saudi dan bukannya dicuri dariapada 1MDB.
Di sini pemimpin Pakatan Harapan telah membuktikan diri mereka sebagai paria politik. Mereka tidak kisah bersekongkol dengan Mahathir walaupun mereka tahu Mahathir  merosakkan negara ini dan mencuri berbilion ringgit. Selagi mereka boleh menumbangkan UMNO dan BN dan berarak ke Putrajaya mereka tidak kisah bagaimana ia dilakukan. Inilah orang yang ibarat sanggup berurusan dengan Hitler dan membunuh Yahudi selagi mereka boleh memperolehi kuasa. Inilah dikatakan matlamat menghalalkan cara.
Sekiranya orang DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan banyak lagi benar-benar mempunyai prinsip, mengapa menerima RM1 bilion daripada Mahathir? Mereka tahu RM1 bilion duit yang dicuri adalah milik rakyat dan namun demikian mereka sanggup menerima wang itu. Adakah itu tidak serupa dengan DAP mencuri wang rakyat itu? Perbezaanya di sini mereka tidak mencurinya sendiri tetapi mereka menggunakan Mahathir untuk mencuri dan berkongsi saham atas perbuatan jenayah itu.
Sebenarnya orang DAP teruk dripada Mahathir. Sekurang-kurangnya dunia tahu yang Mahathir ialah seorang pencuri. Orang DAP, bagaimanpun, berpura-pura dan menganggap Mahathir seperti Gandhi, Mandela dan Mother Teresa iaitu tiga dalam satu dan bersekongkol  dengan beliau dan sanggup menerima RM1 bilion wang rakyat yang  Mahathir curi. Oleh itu, apabila Mahathir bercakap tentang makan dedak, adakah beliau sebenarnya bercakap tentang DAP? Orang Pakatan Harapan sepatutnya harus berasa malu dengan menggunakan perkataan makan dedakteradap orang lain apabila pemimpin mereka sendiri bersalah kerana  makan dedak.

Rashid Rahman, Naib Pengerusi PPBM, tanpa berasa malu mengaku yang beliau menipu ketika menguruskan pilihan raya semasa menjadi Pengerusi SPR daripada November 2000 hingga  Disember 2008.

Dalam pilihan raya November 1999, Barisan Nasional menang 57% undi dan 76% kerusi , dengan Umno memenangi hanya 37% kerusi. Setahun lepas itu, pada November 2000, Mahathir telah melantik Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)..
Tugas Abdul Rashid’s seperti mana diarahan Mahathir agar  menentukan BN tidak hilang majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum 2004, sebab berdasarkan laporan Cawangan Khas PDRM dan Perisisikan ATM, ini akan berlaku.
Menurut maklumat risikan, adalah akan menjadi berbahaya sekiranya pilihan raya umum diadakan pada November 2004 sebab Anwar Ibrahim dijangkakan bebas dari penjara sebelum itu, dan dengan itu beliau boleh memimpin kempen (sebab itulah mengapa pilihan raya umum 2004 diadakan lebih awal pada Mac dan bukannya November).
Pada pilihan raya umum 2004, Mahathir berterima kasih kepada usaha Abdul Rashid, kerana Barisan Nasional memenangi melebihi daripada 90% kerusi di Parlimen walaupun memenangi kurang daripada dua pertiga daripada undi popular. Abdul Rashid telah melaksanakan kerja yang cemerlang di dalam menafikan pembangkang daripada menguasai kerajaan persekutuan.
Hari ini, Abdul Rashid adalah Naib Presiden kepada parti Mahathir, PPBM. Bagaimana ironinya tentang posting blog Mahathir yang bertajuk THE DESTRUCTION OF DEMOCRACY. Inilah orang kata bagai meludah dilangit, tertepek ke muka sendiri. Cakap sahaja tentang demokrasi tetapi realitinya Mahathir menggunakan Abdul Rashid untuk menipu demokrasi. Abdul Rashid pun satu hal, tiada perasaan malu mendedahkah pekung diri sendiri, kononya hendak menghina kerajaan UMNO/BN tetapi memakan diri  dan beliau kelihatan sebagai seorang bahlul.


No comments:

Post a Comment